Artikel
Sac Mohd Yusoff Terajui Kepimpinan Ppm Yang Baharu
Klang, 19 September 2018 – SAC Mohd Yusoff Mamat meneruskan legasi kepimpinan Pasukan Polis Marin (PPM) yang baharu menggantikan Pemangku Komander PPM, ACP Azm...
SAC MOHD YUSOFF TERAJUI KEPIMPINAN PPM YANG BAHARU
Klang, 19 September 2018 – SAC Mohd Yusoff Mamat meneruskan legasi kepimpinan Pasukan Polis Marin (PPM) yang baharu menggantikan Pemangku Komander PPM, ACP Azmi Ibrahim dalam majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Komuniti , Markas Operasi Pasukan Polis Marin Wilayah 1, disini, pagi tadi.
SAC Mohd Yusoff yang berpengalaman luas selama 23 tahun dalam PPM menyatakan pembangunan modal insan dan gerak kerja yang proaktif merupakan prospektif penting selain daripada semangat ‘esprit de corps’ dalam menentukan kecemerlangan sesebuah organisasi.
“Penggunaan aset-aset moden dan canggih serta pembangunan markas-markas operasi /taktikal PPM antara aspek yang akan dititik beratkan dalam memastikan penugasan berjalan lancar seiring dengan Pelan Strategik PPM 2015-2020,” ujar beliau lagi.
Pada masa sama turut berlangsung Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) PPM di antara Puan Amizan Shaari dengan Puan Hajah Hasnizan Hasan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Udara (PGU), Datin Pauline Arthur.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz, Komander-Komander Wilayah PPM, Timbalan-Timbalan Komander PPM, Pegawai-Pegawai Kanan PDRM, Ahli-Ahli PERKEP dan rakan-rakan media.

Bergambar kenangan.

Sesi Serah Terima Tugas Komander PPM diantara ACP Azmi Ibrahim kepada SAC Mohd Yusoff Mamat dan disaksikan oleh Pemangku Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), DCP Dato’ Azizan Abd Aziz.

Sesi Serah Terima Tugas PERKEP PPM di antara Puan Amizan Shaari dengan Puan Hajah Hasnizan Hasan disaksikan oleh Pengerusi PERKEP Pasukan Gerakan Udara (PGU), Datin Pauline Arthur.