
Respa Sumbang 400 Bekas Bubur Lambuk Kepada Warga Bukit Aman
Kuala Lumpur, 5 Mei 2020 - Persatuan Pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) berbesar hati menyumbangkan sebanyak 400 bekas bubur lambuk kepada warga Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dalam satu majlis ringkas di perkarangan Masjid Bukit Aman, di sini, sebentar tadi.
Sumbangan juadah berbuka puasa itu disampaikan oleh presidennya, Tan Sri Mohd Ismail Che Rus kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar yang mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Turut sama hadir dalam majlis itu ialah kedua-dua Timbalan Presiden RESPA, Dato’ Mangsor Ismail dan Datuk Mohd Nawawi Ismail, bekas KPN, Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, bekas Timbalan KPN, Tan Sri Hussin Ismail, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali, Ahli Lembaga Pencegahan Jenayah Kementerian Dalam Negeri merangkap Pengerusi Masjid Bukit Aman, DCP Tuan Shafien Haji Mamat serta para pegawai kanan polis.
Sekitar penyerahan bubur lambuk oleh presiden RESPA, Tan Sri Mohd Ismail Che Rus kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar yang mewakili Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato’ Seri Abdul Hamid Bador.
Sekitar penyerahan bubur lambuk oleh bekas KPN, Tan Sri Dato' Seri Utama Haji Ismail Haji Omar kepada Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar.
Ketibaan Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Abd Rahim Jaafar di perkarangan Masjid Bukit Aman.
Sekitar bacaan doa.
Sekitar bacaan doa.
Sekitar Majlis Penyerahan Bubur Lambuk Kepada Warga PDRM Bukit Aman pada hari ini.
Sesi bergambar kenangan.