Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ramadan Satukan Kepimpinan Kdn Dan Warga Pdrm

Diterbitkan: 03 Mar 2026 1.27 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.01 PM
Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL), di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ramadan-satukan-kepimpinan-kdn-dan-warga-pdrm
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:12 MYT
Kuala Lumpur, 3 Mac 2026 - Menteri Dalam Negeri (MDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berlangsung di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur (KL), di sini, semalam.

Turut mengiringi beliau ialah Ketua Polis Negara (KPN), IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail bersama isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose. Ketibaan para tetamu kenamaan telah disambut oleh Timbalan KPN, DIG Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay bersama isteri selaku Naib Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Zalena Mohd Ariffin.

Majlis dimulakan dengan penyerahan sumbangan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjumlah RM50,000 kepada Masjid Sallehin PULAPOL KL sebagai sokongan terhadap pembangunan institusi keagamaan. Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Datuk Mohd Nizam Hj. Yahya kepada KPN.

Sejurus azan Maghrib berkumandang, para jemputan berbuka puasa sebelum menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan oleh Ketua Imam Masjid Sallehin PULAPOL KL, Ustaz Muhammad Rashidi Ab Hamid.

Penganjuran majlis ini bukan sahaja memenuhi tuntutan ibadah di bulan Ramadan, malah memperkukuh ukhuwah dan kebersamaan antara pucuk pimpinan tertinggi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM dalam suasana penuh keberkatan.

Turut hadir, isteri MDN, Datin Seri Norhayati Musa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hassan dan isteri, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik Jeman dan isteri, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah PDRM, Ketua Polis Selangor, CP Dato' Pahlawan Shazeli Dato' Kahar serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Abd Rahman Kassim.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Syafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Hafizah Hassan

 
ArtikelDiterbitkan 03 Mar 2026 1.27 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.01 PM