Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Rakam Bawah Skirt Wanita Lelaki Gila Seks Ditahan

Published: 10 Sep 2018 10.52 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Kuala Lumpur, 10 September 2018 - Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jaman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas, di sini hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/rakam-bawah-skirt-wanita-lelaki-gila-seks-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:41 MYT

Kuala Lumpur, 10 September 2018 - Bekas pegawai Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jaman yang didakwa merakam bawah skirt seorang wanita menggunakan telefon bimbit di sebuah kedai cermin mata ditahan di Solaris Dutamas, Sri Hartamas, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R Munusamy berkata lelaki berusia 47 tahun itu ditahan 1 tengah hari tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan .

"Suspek ditahan untuk siasatan terlebih dahulu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, dilaporkan Azis memecat seorang pegawainya susulan perilaku keji individu berkenaan di sebuah kedai cermin mata.

Azis dilaporkan berkata beliau memecat pegawai tersebut serta-merta selepas mengambil maklum akan laporan polis serta rakaman kamera litar tertutup berhubung perilaku individu berkenaan yang ditularkan oleh netizen.

Katanya perbuatan individu tersebut menjejaskan imej dan kredibiliti beliau selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri serta Pejabat Timbalan Menteri.

Klip video berdurasi lebih satu minit yang memaparkan perilaku pegawai berkenaan merakam video di bawah skirt petugas wanita di sebuah kedai cermin mata ​​​​​​tular menerusi media sosial.

- BERNAMA

ArticlePublished 10 Sep 2018 10.52 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM