Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ragbi Piala Rujirawongse Edisi Ke 35 Skuad Rtp Tiba Di Kl Sahut Cabaran Menentang Pasukan Sang Saka Biru

Published: 13 Aug 2024 10.19 AM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Sepang, 13 Ogos 2024 – Skuad Ragbi Royal Thai Police (RTP) tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur hari ini bagi menyahut cabaran menentang Pasukan Sang Saka Biru dalam Kejohanan Piala Rujirawongse edisi ke-35 yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2024 di Stadium Hang Tuah, Melaka.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ragbi-piala-rujirawongse-edisi-ke-35-skuad-rtp-tiba-di-kl-sahut-cabaran-menentang-pasukan-sang-saka-biru
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:38 MYT
 
Sepang, 13 Ogos 2024 – Skuad Ragbi Royal Thai Police (RTP) tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur hari ini bagi menyahut cabaran menentang Pasukan Sang Saka Biru dalam Kejohanan Piala Rujirawongse edisi ke-35 yang akan berlangsung pada 15 Ogos 2024 di Stadium Hang Tuah, Melaka.

Ketibaan mereka telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman, DCP Dato' Ts. Azizi Ismail bersama Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, SAC Mohd Zaid Hassan.

Kehadiran skuad RTP adalah bagi menyemarakkan lagi semangat kesukanan dan mengukuhkan hubungan litarel dua negara serta kedua-dua institusi kepolisan.

Kejohanan yang dipertandingkan buat kali pertama pada tahun 1961 merupakan hasil ilham Ketua Polis Thailand pada ketika itu, Police General Praset Rujirawongse bersama Police Major Siri Suknanusart dan diteruskan sehingga ke hari ini.

Perlawanan yang bakal berlangsung itu akan mempertandingkan dua kategori iaitu kategori veteran dan kategori terbuka.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia, Superintendan Bibiana Ng Tei Chin dan Pegawai Kanan PDRM.

Ayuh berikan sokongan anda kepada Pasukan Sang Saka Biru!

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Bryan Mustin

May be an image of 17 people and text

May be an image of 1 person and text

May be an image of 5 people and text

May be an image of 6 people and text

May be an image of 6 people and text

ArticlePublished 13 Aug 2024 10.19 AMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM