Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pusat Autisme Pengaman Pdrm 2025 Kpn Sempurnakan Sambutan Hari Kesedaran Autisme

Diterbitkan: 17 Jun 2025 3.50 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.57 PM
Kuala Lumpur, 14 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah menyempurnakan Sambutan Hari Kesedaran Autisme Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pusat-autisme-pengaman-pdrm-2025-kpn-sempurnakan-sambutan-hari-kesedaran-autisme
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:59 MYT
Kuala Lumpur, 14 Jun 2025 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain pagi tadi telah menyempurnakan Sambutan Hari Kesedaran Autisme Pusat Autisme Pengaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Pengaman, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur.

Berucap di majlis perasmian yang diadakan, Tan Sri Razarudin menegaskan bahawa anak-anak autistik merupakan permata berharga yang dikurniakan dengan kebolehan dan potensi luar biasa. Justeru, beliau menekankan pentingnya sokongan berterusan dalam bentuk pendidikan, intervensi awal dan pembangunan kendiri bagi memastikan mereka dapat berdikari dan menyumbang kepada masyarakat.

Beliau turut memaklumkan bahawa Pusat Autisme Pengaman-PDRM, yang ditubuhkan pada 3 Ogos 2020, kini menawarkan tiga program utama iaitu ‘Early Intervention Fullday’, ‘Early Intervention Halfday’ dan ‘Program Intensif’. Ketiga-tiga program ini diselaraskan bagi memenuhi keperluan pembelajaran berbeza murid-murid autisme.

“Dengan kekuatan seramai 18 kakitangan, pusat ini berupaya memberi intervensi berkualiti kepada 50 pelajar menerusi pendekatan pembelajaran yang menyeluruh dan pemerkasaan aspek sosial, komunikasi serta kemahiran kendiri,” ujar beliau lagi.

Majlis turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya demonstrasi penculikan oleh Jabatan Siasatan Jenayah, aktiviti tunggangan kuda bersama kanak-kanak oleh Unit Berkuda, Pasukan Simpanan Persekutuan serta saringan awal autisme percuma oleh Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan.

Dalam semangat solidariti, Tenaga Nasional Berhad dan Education Malaysia Global Services turut menyumbang masing-masing sebanyak RM10,000 dan RM50,000 bagi menyokong perkembangan pendidikan anak-anak autisme melalui Pusat Autisme Pengaman PDRM.

Turut hadir menyerikan sambutan ialah Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia, Tan Sri Norian Mai, Timbalan Pengerusi Yayasan merangkap Pengerusi Pusat Autisme Pengaman, Tan Sri Hussin Hj. Ismail, Ketua Polis Selangor, CP Dato’ Hussein Omar Khan, Komandan PULAPOL Kuala Lumpur, DCP Alzafny Ahmad dan barisan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pengaman Malaysia serta pegawai kanan PDRM.

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang dan Lans Koperal Nurkhairunisa Ibrahim

 
ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2025 3.50 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.57 PM