Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pru Dn Kpn Sampaikan Amanat Tinjau Kesiapsiagaan Kontinjen Negeri Sembilan

Diterbitkan: 15 Jul 2026 1.02 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.50 PM
Seremban, 15 Julai 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Negeri Sembilan bagi meninjau tahap kesiapsiagaan Sang Saka Biru dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan Ke-16.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pru-dn-kpn-sampaikan-amanat-tinjau-kesiapsiagaan-kontinjen-negeri-sembilan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:06 MYT
Seremban, 15 Julai 2026 – Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail hari ini mengadakan lawatan kerja ke Kontinjen Negeri Sembilan bagi meninjau tahap kesiapsiagaan Sang Saka Biru dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Negeri Sembilan Ke-16.

Ketibaan beliau di pekarangan Dewan Serbaguna Majlis Bandaraya Seremban, di sini, pagi tadi, telah disambut oleh Ketua Polis Negeri Sembilan, DCP Dato' Alzafny Ahmad bersama timbalannya, SAC Mohd Nasharudin Mohd Shariff.

Sempena lawatan tersebut, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid menyampaikan amanat kepada hampir 1,500 pegawai polis berlainan pangkat berkaitan persiapan dan pelaksanaan penugasan sempena PRU DN yang bakal berlangsung pada Ogos depan. Dalam amanatnya, beliau mengingatkan seluruh warga Pasukan agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh profesionalisme dan integriti, di samping mematuhi segala peruntukan undang-undang serta prosedur operasi standard sepanjang tempoh pilihan raya.

Beliau turut menegaskan kepentingan menjaga kerahsiaan maklumat rasmi Pasukan dan mengelakkan sebarang bentuk kebocoran atau ketirisan maklumat yang boleh menjejaskan keselamatan serta kredibiliti PDRM. Beliau juga mengingatkan agar semangat "esprit de corps" dalam kalangan warga PDRM terus diperkukuh bagi memastikan Pasukan kekal bersatu, berdisiplin dan mampu melaksanakan setiap amanah dengan berkesan termasuk dari aspek "command and control" agar setiap warga Pasukan terhindar daripada sikap mementingkan diri atau mempertikaikan arahan yang boleh menjejaskan keberkesanan organisasi.

Mengakhiri amanatnya, beliau menekankan kepentingan menjaga kebajikan serta kesihatan fizikal dan mental warga Pasukan. Beliau turut mengingatkan pegawai penyelia agar sentiasa peka terhadap kebajikan anggota bagi memastikan mereka kekal bermotivasi dan komited melaksanakan amanah berlandaskan cogan kata "Sedia Berkhidmat".

Seusai itu, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid meneruskan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan bagi meninjau gerak kerja dan tahap kesiapsiagaan operasi, termasuk pengoperasian Pusat Kawalan Kontinjen dan Bilik Gerakan Op Cantas, Jabatan Siasatan Jenayah sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi PRU DN negeri tersebut.

Beliau kemudiannya dibawa ke Bilik Mesyuarat Utama, IPK bagi mendengar taklimat mengenai perkembangan semasa politik di Negeri Sembilan, isu-isu keselamatan yang berbangkit serta penilaian terhadap potensi ancaman keselamatan yang boleh menjejaskan kelancaran proses PRU DN nanti.

Taklimat yang disampaikan oleh Dato' Alzafny itu turut menjelaskan langkah-langkah kesiapsiagaan dan pelan tindakan operasi yang telah dirangka bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara sepanjang tempoh pilihan raya.

Hadir sama ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Ibrahim Darus, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi, CP Redzuan Abd Hamid, Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali serta Ketua Penolong Pengarah Gerakan, Jabatan KDNKA, Bukit Aman, SAC Zaman Shah Omar.

Jurugambar: Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar dan Lans Koperal Muhammad Azri Sabri

May be an image of dais and text that says 'PDRM RESAAPAON LITUK RN WTUR 0 ΕP'EUAИИrИH O 'ាន OPERASI PRN 16 M S PERJUMPAAN DAN AMANAT KET

May be an image of dais and text

May be an image of one or more people and text that says 'CARTA PENUGASAN PRN KE-16 KONTINJEN NEGERI SEMBILAN CARTA KEKUATAN KONTINJEN NEGERI SEMBILAN CART

May be an image of dais and text

May be an image of dais
ArtikelDiterbitkan 15 Jul 2026 1.02 PMDikemas kini 15 Aug 2026 7.50 PM