Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Permuafakatan Pdrm Dan Smk Tunku Bendahara

Published: 10 Oct 2019 12.18 AM Updated: 24 Aug 2026 1.15 PM
Kubang Pasu, 10 Oktober 2019 – Polis Diraja Malaysia melalui Cawangan Khas Bukit Aman telah mengadakan program permuafakatan bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara, Kodiang di sini, pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-permuafakatan-pdrm-dan-smk-tunku-bendahara
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:45 MYT

Kubang Pasu, 10 Oktober 2019 – Polis Diraja Malaysia melalui Cawangan Khas Bukit Aman telah mengadakan program permuafakatan bersama warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Bendahara, Kodiang di sini, pagi tadi.

Program yang dihadiri oleh Timbalan Pengarah Cawangan Khas 1, Bukit Aman, CP Dato’ Haji Rosli Abas itu bertujuan untuk memberikan pendedahan mengenai pencegahan jenayah di samping mengukuhkan hubungan polis dan masyarakat khususnya warga sekolah.

Turut diadakan adalah pameran dan ceramah kerjaya oleh Cawangan Pengambilan Bukit Aman bagi mendedahkan para pelajar sekolah tentang bidang kepolisan.

Ironinya SMK Tunku Bendahara membawa nostalgia yang bermakna kepada Dato’ Haji Rosly kerana sekolah tersebut merupakan tempat beliau menimba ilmu.

Turut hadir, Timbalan Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (Agama dan Kaunseling), DCP Dato’ Hashim Ali, Penolong Pengarah Perjawatan (Pengambilan) Jabatan Pengurusan, ACP Datin Sharifah Zanariah Syed Mahamood, Pengetua SMK Tunku Bendahara, Nasir Abd Rahman dan pegawai-pegawai kanan polis.

Program Permuafakatan Pdrm Dan Smk Tunku Bendahara
Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting, crowd and indoor
Image may contain: 1 person, indoor
Image may contain: 8 people, people standing and indoor
Image may contain: 18 people, people smiling
Image may contain: 11 people, people smiling, people standing and indoor
Image may contain: 5 people, people smiling, people standing
Sekitar program PDRM bersama SMK Tunku Bendahara.
ArticlePublished 10 Oct 2019 12.18 AMUpdated 24 Aug 2026 1.15 PM