Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Program Kospen Peringkat Pdrm Tahun 2020

Published: 04 Mar 2020 10.56 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 4 Mac 2020 - Bertempat di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur tadi telah berlangsungnya Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-kospen-peringkat-pdrm-tahun-2020
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 11:18 MYT

Kuala Lumpur, 4 Mac 2020 - Bertempat di Dewan Tan Sri Khalid Abu Bakar, Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur tadi telah berlangsungnya Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.

Program kesihatan tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor dengan diiringi Pengarah Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Sri Acryl Sani Haji Abdullah Sani.

Antara pengisian program ialah ceramah penyakit jantung koronari yang disampaikan oleh Pakar Perunding Kanan Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato' Sri Dr. Mohd Ramzisham Abdul Rahman dan taklimat aplikasi 'Bookdoc' oleh pengasasnya, Dato' Chevy Beh Yen San.

Peserta yang hadir telah didedahkan tentang kaedah mengawal kesihatan jantung dengan cara pengambilan makanan sihat, senaman yang konsisten, pengurusan stres dan amalan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko serangan jantung.

Sejurus selesai sesi ceramah tadi, warga PDRM turut berpeluang melawat tapak pameran aplikasi 'Bookdoc' dan KOSPEN yang diadakan di ruang legar dewan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Gerakan), CP Dato’ Azri Ahmad, Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), DCP Dato’ Ramli Mohamed Yoosuf, Timbalan Pengarah Jabatan KDNKA (Pasukan Gerakan Khas), DCP Dato’ Fisol Salleh dan Timbalan Pengarah Pengurusan PDRM (Pentadbiran), DCP Dato’ Abdul Majid Mohd Ali.

Image may contain: 7 people, people standing, crowd and indoor
Bergambar kenangan bersama Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.

Image may contain: 1 person
Ceramah penyakit jantung koronari yang disampaikan oleh Pakar Perunding Kanan Bedah Jantung dan Paru-paru, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dato' Sri Dr. Mohd Ramzisham Abdul Rahman.

Image may contain: 1 person, standing
Taklimat aplikasi 'Bookdoc' oleh pengasasnya, Dato' Chevy Beh Yen San.

Image may contain: 12 people, indoor
Nyanyian lagu Negaraku dan Sang Saka Biru.

Image may contain: 21 people
Sekitar berlangsung Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) anjuran Jabatan Pengurusan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia.





ArticlePublished 04 Mar 2020 10.56 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM