Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Community Policing Thaneer Panthal Sempena Sambutan Hari Thaipusam 2024 Dekatkan Warga Pdrm Dengan Masyarakat

Diterbitkan: 24 Jan 2024 7.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Gombak, 24 Januari 2024 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyertai Program "Community Policing Thaneer Panthal" sempena sambutan Hari Thaipusam 2024 di Kuil Subramaniyar Swamy, Batu Caves, di sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-community-policing-thaneer-panthal-sempena-sambutan-hari-thaipusam-2024-dekatkan-warga-pdrm-dengan-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:10 MYT
 
Gombak, 24 Januari 2024 - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menyertai Program "Community Policing Thaneer Panthal" sempena sambutan Hari Thaipusam 2024 di Kuil Subramaniyar Swamy, Batu Caves, di sini.

'Thaneer’ dalam Bahasa Tamil bermaksud minuman manakala ‘Panthal’ adalah khemah, di mana para petugas dari khemah PDRM dari Lembah Klang yang beragama Hindu berpeluang mengedarkan minuman percuma kepada orang awam yang hadir melakukan upacara keagamaan di lokasi berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah (D4), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC S. Shanmugamoorty Chinniah dalam sidang media berkata, seramai 147 pegawai dan anggota polis ditugaskan bagi memudahkan orang awam hadir ke kuil semasa sambutan diadakan.

Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan yang diberikan pihak polis yang bertugas bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, DCP Dato’ Kumaran Karuppannan, Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Sasikala Devi Subramaniam, Penolong Pengarah E1, Cawangan Khas Bukit Aman, SAC G. Seetha Dewi M. G Nair, Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Abang Kaderi Abang Wasli, bekas Ketua Polis Pulau Pinang, pesara CP Dato' Seri A. Thaiveegan, serta rakan-rakan media.

Jurugambar: Lans Koperal Bryan Mustin dan Lans Koperal Muhammad Khairul Hilmi Zaini.

May be an image of 5 people and temple

May be an image of 11 people and temple

May be an image of 8 people

May be an image of 8 people, dais and temple

May be an image of 4 people and crowd

May be an image of 7 people


ArtikelDiterbitkan 24 Jan 2024 7.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM