
Article
Program 100 Hari Aspirasi Keluargamalaysia Labuh Tirai
Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Selepas empat hari berlangsung, Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia hari ini melabuhkan tirainya dengan Ketua Setiausa...
Kuala Lumpur, 12 Disember 2021 - Selepas empat hari berlangsung, Program 100 Hari Aspirasi #KeluargaMalaysia hari ini melabuhkan tirainya dengan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato' Seri Mohd Zuki Ali, Ketua Setiausaha Negara menyampaikan ucapan penutupan yang turut dihadiri Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani.
Program yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob pada 9 Disember lalu menampilkan lebih 40 ruang pameran dari pelbagai kementerian dan agensi kerajaan termasuk Polis Diraja Malaysia di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Lebih manis lagi, ruang pameran KDN telah dinobatkan memenangi tempat ketiga dari keseluruhan kementerian dan agensi yang mengambil bahagian dalam acara penutupan, petang tadi.
Pada hari terakhir tadi juga, Tan Sri Acryl Sani turut menyampaikan berita gembira buat rakyat Malaysia apabila mengumumkan pelanjutan tempoh diskaun 80% pembayaran saman di kaunter trafik, seluruh negara.
Hadir sama Timbalan KPN, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM, CP Dato' Hazani Ghazali, Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, CP Datuk Wira Mat Kasim Karim serta Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kasim.
Jurugambar: Koperal Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Konstabel Bryanlie Mustin.






