Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Prn Kpn Turun Padang Pastikan Kesiapsiagaan Warga Pasukan

Diterbitkan: 02 Jul 2026 9.32 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.51 PM
Johor Bahru, 2 Julai 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail turun padang bagi memastikan tahap kesiapsiagaan warga Pasukan Kontinjen Johor berada pada tahap optimum dalam menghadapi penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, pagi tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prn-kpn-turun-padang-pastikan-kesiapsiagaan-warga-pasukan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:57 MYT

Johor Bahru, 2 Julai 2026 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail turun padang bagi memastikan tahap kesiapsiagaan warga Pasukan Kontinjen Johor berada pada tahap optimum dalam menghadapi penugasan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) menerusi lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, pagi tadi.

Dalam lawatan tersebut, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid bersama delegasi telah diberikan taklimat berhubung persiapan dan kesiapsiagaan penugasan PRN yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Johor, DCP Hoo Chuan Huat serta pegawai bertugas Bilik Gerakan Pilihan Raya, ASP Azizul Misbah.

Terdahulu, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid telah menyampaikan amanat berhubung persiapan dan pelaksanaan penugasan sempena PRN kepada warga Pasukan Kontinjen Johor yang berlangsung di Dewan Dato' Onn.

Dalam amanatnya, beliau mengingatkan supaya agar keseluruhan kekuatan warga Pasukan disusun atur secara strategik bagi memastikan sumber manusia dan aset logistik, khususnya kenderaan serta sistem komunikasi berada pada tahap terbaik sepanjang tempoh penugasan.

Beliau turut menekankan bahawa kawalan lalu lintas perlu dilaksanakan secara komprehensif bagi memastikan proses pengundian berlangsung dalam keadaan selesa, lancar dan selamat, di samping memperkukuh koordinasi operasi bersama Suruhanjaya Pilihan Raya.

Selain itu, Tan Sri Dato' Seri Hj. Mohd Khalid menegaskan agar tindakan tegas diambil terhadap mana-mana individu yang melakukan provokasi, ugutan, hasutan, perbuatan khianat, penyebaran berita palsu dan kenyataan berunsur kebencian yang melibatkan isu kaum, agama serta institusi diraja (3R).

Hadir sama mengiringi beliau ialah Pengarah Cawangan Khas, CP Dato' Sri Ibrahim Darus, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Sri Mohd Yusri Hj. Hassan Basri, Komander Pasukan Gerakan Udara, DCP Dato' Noor Sham Md Jani serta Setiausaha Polis Malaysia, DCP Dato' Mohamad Noor Yusof Ali.

PRN Johor yang akan berlangsung pada 11 Julai depan melibatkan penugasan menyeluruh seramai 11,900 petugas Polis Diraja Malaysia bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar.

Jurugambar: Sarjan Aslam Syir Khan Fairuz Khan dan Lans Koperal Muhammad Shafiq Abu Bakar

No photo description available.

May be an image of text

May be an image of one or more people, dais and text

May be an image of one or more people, street and text

May be an image of one or more people and text


ArtikelDiterbitkan 02 Jul 2026 9.32 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.51 PM