
Article
Prn Johor Majlis Penghargaan Polis Johor Kepada Petugas Bantuan Sumber Manusia Pdrm
Warga Polis Johor hari ini menyampaikan ucapan penghargaan kepada para petugas bantuan sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bertungkus lumus...
Warga Polis Johor hari ini menyampaikan ucapan penghargaan kepada para petugas bantuan sumber manusia Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang telah bertungkus lumus bantu melancarkan tugas keselamatan dan jaga aman semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15, semalam.
Penghargaan tersebut disampaikan sendiri oleh Ketua Polis Johor, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat dalam Majlis Penghargaan yang diadakan di Grand Paragon Hotel dan Amerin Hotel, Johor siang tadi.
Dato' Kamarul Zaman turut menyantuni para petugas yang terlibat sebelum mereka berlepas balik ke kontinjen masing-masing bagi menjalankan tugas hakiki.
Sumber: Polis Johor