Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prk Timbalan Kpn Turun Padang Tinjau Kelancaran Tugas Kawalan Keselamatan Di Pusat Pengundian

Published: 09 Sep 2023 2.40 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Johor, 9 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turun padang ke beberapa lokasi pusat mengundi sekitar Johor bagi meninjau penugasan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di sini, siang tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-timbalan-kpn-turun-padang-tinjau-kelancaran-tugas-kawalan-keselamatan-di-pusat-pengundian
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 20:31 MYT
Johor, 9 September 2023 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Sri Ayob Khan Mydin Pitchay turun padang ke beberapa lokasi pusat mengundi sekitar Johor bagi meninjau penugasan keselamatan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, di sini, siang tadi.

Tinjauan beliau seawal jam 8.00 pagi itu bermula di pusat pengundian Parlimen Pulai iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (S.M.K) Taman Bukit Indah, Sekolah Kebangsaan (S.K) Seri Kenanga, Maktab Sultan Abu Bakar, S.M.K (P) Sultan Ibrahim dan S.K Sungai Danga untuk melihat sendiri kelancaran proses pengundian serta memastikan kawalan keselamatan berada pada tahap yang terjamin.

Seusai itu, Dato' Sri Ayob Khan juga melawat beberapa buah pusat pengundian DUN Simpang Jeram, antaranya Sekolah Agama Tun Dr. Ismail, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pei Chai, S.K Simpang Jeram dan beliau turut melawat pusat penjumlahan undi DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Muar.

Seramai 3,490 orang pegawai dan anggota PDRM ditugaskan di 61 pusat mengundi dan 362 saluran semasa proses pengundian PRK Parlimen Pulai serta DUN Simpang Jeram yang berlangsung tadi.

Hadir mengiringi beliau ialah Ketua Polis Daerah (KPD) Muar, ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz, KPD Johor Bahru Utara, ACP Balveer Singh Mahindar Singh dan KPD Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat.

Jurugambar: PDRM RMP TV

 
ArticlePublished 09 Sep 2023 2.40 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM