Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Prk Port Dickson Polis Nafi Kejadian Rusuhan

Published: 09 Oct 2018 7.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.48 AM
Port Dickson, 9 September 2018 - Petugas media yang sedang membuat liputan pengundian awal hari ini digemparkan kononnya berlaku rusuhan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) berhampiran PD Waterfront, dekat Port Dickson.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/prk-port-dickson-polis-nafi-kejadian-rusuhan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 14:44 MYT

Port Dickson, 9 September 2018 - Petugas media yang sedang membuat liputan pengundian awal hari ini digemparkan kononnya berlaku rusuhan di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) berhampiran PD Waterfront, dekat Port Dickson.

Beberapa petugas media yang menerima khabar menerusi aplikasi WhatsApp, bergegas ke lokasi kejadian dan menyedari maklumat itu palsu apabila tiada apa-apa berlaku seperti yang didakwa.

Petugas Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang tiba awal di lokasi untuk menghadiri sidang media harian HARAPAN mendapati tiada sebarang insiden rusuhan berlaku di kawasan sekitar.

Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson DSP Mohd Faisal Mohd Noor menafikan berlaku sebarang insiden rusuhan di Bilik Gerakan Utama HARAPAN.

Beliau berkata polis yang menerima laporan kejadian itu daripada orang awam pada 10.55 pagi menghantar satu Pasukan Cantas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bawah seliaan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri untuk memantau keadaan.

"Kita terus ke lokasi kejadian dan tiba pada 11.05 pagi. Kita mendapati tiada kejadian rusuhan berlaku," katanya kepada Bernama di Port Dickson.

Dalam perkembangan lain, tinjauan Bernama mendapati proses pengundian awal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson berjalan lancar.

Sumber - Malaysiakini

Prk Port Dickson Polis Nafi Kejadian Rusuhan

ArticlePublished 09 Oct 2018 7.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.48 AM