Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 9 Artikel Pilihan Kes Bunuh Diri Membimbangkan

Published: 02 Aug 2021 2.35 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Tiada siapa menjangka kesan pandemik COVID-19 boleh menyebabkan ramai orang tiada kerja, kelaparan, tiada tempat tinggal dan terpaksa bergantung kepada sumbangan makanan untuk makan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-9-artikel-pilihan-kes-bunuh-diri-membimbangkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:53 MYT
Tiada siapa menjangka kesan pandemik COVID-19 boleh menyebabkan ramai orang tiada kerja, kelaparan, tiada tempat tinggal dan terpaksa bergantung kepada sumbangan makanan untuk makan.

Sistem Insuran Pekerjaan (SIP) merekodkan seramai 99, 696 pekerja diberhentikan antara Januari hingga 27 November lalu akibat penularan COVID-19.

Situasi ini menyebabkan individu mudah berasa putus asa sehingga cenderung mencari jalan singkat untuk keldari masalah dengan membunuh diri.

Data Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes bunuh diri pada 2019 adalah sebanyak 609 manakala tahun 2020 sebanyak 631 kes.

Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini pula sebanyak 468 kes dilaporkan. Itu yang diketahui atau mungkin lebih lagi. Keadaan ini amat membimbangkan dan wajar diberikan perhatian serius.

Fakta ini lebih menggerunkan. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, CP Datuk Seri Abd Jalil Hassan, secara purata dua kes dilaporkan berlaku setiap hari sejak 2019 hingga Mei 2021!

Justeru masyarakat diminta untuk lebih prihatin kepada ahli keluarga atau orang sekeliling dalam mengenalpasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri.

Semua pihak bertanggungjawab memainkan peranan penting bagi membendung gejala ini, bukan diletakkan di atas bahu kerajaan atau kementerian tertentu semata-mata.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../Kes-bunuh-diri...

Sumber: Sinar Harian

ArticlePublished 02 Aug 2021 2.35 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM