Article
Ppn Covid 19 Video Pilihan Bersabarlah Sahabat Kami Teguh Di Sisimu
Panjatkanlah seribu doa kebaikan buat petugas barisan hadapan, walau di mana jua mereka berada.
Panjatkanlah seribu doa kebaikan buat petugas barisan hadapan, walau di mana jua mereka berada.
Mudah-mudahan angin mendung yang membawa ujian besar ini akan segera berlalu pergi.
Buat sahabat kami dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Allah SWT menguji semua manusia dengan pelbagai dugaan dan bencana serta wabak penyakit termasuk COVID-19 yang dihadapi oleh dunia sekarang. Kehidupan di dunia ini tidak sunyi daripada kemelut, krisis dan musibah di mana tidak seorang pun akan terlepas daripadanya. Ini kerana malam dan siang bersilih ganti menghadirkan seribu satu dugaan serta ujian bagi menguji tahap ketakwaan di jiwa hambaNya.
Banyakkan bersabar sahabatku, kerana setiap dugaan itu pasti ada hikmahnya. Kami turut mendoakan agar ayahanda dan bondamu yang sedang diuji akan diberikan kesembuhan oleh Yang Maha Esa. InsyaAllah.
Sumber: mrbulatt87
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

