
Artikel
Ppn Covid 19 Posting Pilihan 150 Anggota Polis Ditugaskan Jaga Pematuhan Sop Di Langkawi
Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari berkata, lokasi tersebut membabitkan sembilan pusat beli belah, 10 tempat rekreasi dan tiga pintu masuk...
Langkawi, 18 September 2021 - Seramai 150 anggota polis ditempatkan di semua lokasi tumpuan pulau peranginan itu bagi memantau pematuhan prosedur operasi standard (SOP) susulan pembukaan program rintis gelembung pelancongan bermula kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari berkata, lokasi tersebut membabitkan sembilan pusat beli belah, 10 tempat rekreasi dan tiga pintu masuk utama ke pulau legenda itu.
Tambah beliau, penempatan anggota polis terbabit adalah bagi melakukan pemantauan, memberi nasihat dan seterusnya melakukan penguatkuasaan ke atas pelancong.
Sumber: Polis Kedah
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN






































