
Article
Ppn Covid 19 Pic Of The Day Kp Melaka Tinjau Penugasan Pdrm Dalam Prn Ke 15
Beliau turut dibantu oleh Pasukan Gerakan Udara (PDRM) melakukan pemantauan ke seluruh daerah melalui udara dengan menggunakan helikopter jenis Ecureuil 9M-PHG...
Ketua Polis Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali telah turun padang meninjau penugasan pegawai dan anggota di beberapa pusat mengundi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-15 Melaka bagi memastikan kawalan keselamatan serta pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 oleh para pengundi yang hadir sentiasa dipatuhi.
Beliau turut dibantu oleh Pasukan Gerakan Udara (PDRM) melakukan pemantauan ke seluruh daerah melalui udara dengan menggunakan helikopter jenis Ecureuil 9M-PHG.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada para petugas PDRM yang komited melaksanakan tugas dalam memastikan kelancaran PRN ke-15 Melaka.
Sumber: Polis Melaka