
Artikel
#PPN #COVID-19 #OP_BENTENG KERATAN AKHBAR PILIHAN: PPM BERJAYA TUMPASKAN SINDIKET PENYELUDUPAN BURUNG MURAI BATU DAN MURAI KAMPUNG KE NEGARA JIRAN BERNILAI RM121,300
Batu Pahat, 1 Ogos 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket menyeludup burung murai batu dan burung murai kampung ke negara ji...
Batu Pahat, 1 Ogos 2021 - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua berjaya menumpaskan sindiket menyeludup burung murai batu dan burung murai kampung ke negara jiran bernilai RM121,300 kelmarin.
Komander PPM Wilayah Dua, ACP Tuan Muhd Zailani Abdullah berkata, dalam Op Benteng COVID-19 pada jam 3.40 petang itu, polis mengesan sebuah van dalam keadaan mencurigakan di kawasan tepi laut di Parit Botak,
"Menyedari kehadiran pasukan serbuan, pemandu memecut kenderaannya hingga ke kawasan Iadang sawit di Kampung Baru, Senggarang.
Tuan Muhd Zailani berkata, polis kemudiannya meluaskan kawasan pencarian bagi mengesan suspek sebelum berjaya memberkasnya.
Menurutnya, polis menahan dua lelaki tempatan berusia 23 dan 29 tahun itu serta berjaya merampas 206 ekor burung murai batu, 680 ekor burung murai kampung, van dan motosikal.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 60(2) Akta Hidupan Liar 2010 dan kesalahan membabitkan spesies Common Shama (Copsychus malabaricus) melebihi 20 kepala.
"Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Harian Metro seperti di lampiran.