Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Berjaya Kurangkan Jenayah Di Sempadan Dengan Bantuan Unit Berkuda Psp

Published: 25 Nov 2021 1.49 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kawalan di Padang Besar, Perlis dan Kedah itu dikatakan telah menakutkan penyeludup dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mula mengintai untuk menceroboh negara melalui jalan tikus di sempadan.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-op-benteng-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-berjaya-kurangkan-jenayah-di-sempadan-dengan-bantuan-unit-berkuda-psp
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:37 MYT
Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Berjaya Kurangkan Jenayah Di Sempadan Dengan Bantuan Unit Berkuda Psp
Home / Article / Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Berjaya Kurangkan Jenayah Di Sempadan Dengan Bantuan Unit Berkuda Psp
Back to Library
Article

Ppn Covid 19 Op Benteng Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Berjaya Kurangkan Jenayah Di Sempadan Dengan Bantuan Unit Berkuda Psp

Kawalan di Padang Besar, Perlis dan Kedah itu dikatakan telah menakutkan penyeludup dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mula mengintai untuk menceroboh...
Ipoh, 25 November 2021 - Penggunaan kuda dalam membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan tugas di sempadan Malaysia-Thailand berjaya mengekang aktiviti penyeludupan yang sebelum ini rancak dilakukan oleh pengkhianat negara.

Kawalan di Padang Besar, Perlis dan Kedah itu dikatakan telah menakutkan penyeludup dan pendatang asing tanpa izin (PATI) yang mula mengintai untuk menceroboh negara melalui jalan tikus di sempadan.

Difahamkan, Unit Berkuda Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) itu digunakan dalam Op Benteng Wawasan Kedah/Perlis bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) di bawah pemerintahan Briged Utara.

Kehadiran unit berkuda telah menghentikan terus aktiviti penyeludupan di kawasan yang sebelum ini sering dijadikan lorong tikus oleh penjenayah. Unit itu diketuai Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PSP, DSP Nurhidayah Damanhoori.

Tugasan itu telah bermula pada 10 November lalu melibatkan rondaan di 23 pos kawalan melibatkan Markas Taktikal PGA Bukit Kayu Hitam, Kedah ke Padang Besar, Perlis.

Timbalan Komander PSP, ACP Tuan Rosman Kasman berkata, unit yang berpangkalan di Markas PSP Cheras, Kuala Lumpur telah ditugaskan sejak 1995 secara berkala, namun penugasan baharu ini akan lebih lama.

Katanya, ia juga digunakan untuk mengawal sempadan susulan insiden berbalas tembak dengan penyeludup yang mengakibatkan seorang anggota PGA Senoi Praaq maut pada November 2019.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo Online.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 4 people, people standing, outdoors and text that says '14 Negar KHAMIS 25NOVEMBER Unit kuda PDRM 50ekor Arab danThoroughbreds NURHIDAYA
ArticlePublished 25 Nov 2021 1.49 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM