Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Tiada Kelonggaran Sop Di Sjr

Diterbitkan: 09 Aug 2021 3.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 9 Ogos 2021 - Tiada kelonggaran di mana-mana sekatan jalan raya (SJR) selain pemeriksaan ketat tetap dijalankan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan tamat di Selangor dan Kuala Lumpur.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-tiada-kelonggaran-sop-di-sjr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:48 MYT
Petaling Jaya, 9 Ogos 2021 - Tiada kelonggaran di mana-mana sekatan jalan raya (SJR) selain pemeriksaan ketat tetap dijalankan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan tamat di Selangor dan Kuala Lumpur.

Bahkan, penugasan dan pemeriksaan anggota polis masih giat dilakukan di semua SJR seluruh negara bagi memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dikurangkan.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Zainal Abidin Kasim berkata, tiada kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini dan mana-mana individu didapati melakukan kesalahan tetap akan dikompaun.

Jelas beliau, rata-rata pengguna lebuh raya yang bergerak mempunyai surat kebenaran yang sah dan dibenarkan melepasi SJR selepas pemeriksaan dilakukan.

"Bukan itu sahaja, kita juga menumpukan pemantauan di hostel-hostel dan penginapan pekerja agar mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Kita turut menumpukan pemeriksaan di industri perkilangan bagi memastikan mereka menggunakan komposisi pekerja-pekerja yang dibenarkan selain memastikan tiada pengusaha menjalankan kerja mereka tanpa kebenaran" katanya di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia.

May be an image of 1 person and text
ArtikelDiterbitkan 09 Aug 2021 3.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM