Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Sanggup Berkorban Tidak Balik Rumah Demi Isteri Hamil

Diterbitkan: 29 Jul 2021 2.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kemaman, 29 Julai 2021 - Demi keselamatan keluarga, seorang pegawai polis sanggup tidak pulang ke rumahnya sejak hari pertama Aidiladha baru-baru ini selepas ditugaskan menjaga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Mukim Bandi dekat sini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-sanggup-berkorban-tidak-balik-rumah-demi-isteri-hamil
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT

Kemaman, 29 Julai 2021 - Demi keselamatan keluarga, seorang pegawai polis sanggup tidak pulang ke rumahnya sejak hari pertama Aidiladha baru-baru ini selepas ditugaskan menjaga kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Mukim Bandi dekat sini.

Ketua Polis Balai Chukai, Inspektor Ramizan Ramli berkata, dia terpaksa menahan kerinduan terhadap isteri, Nour Aleesa Abdullah, 32, dan anaknya kerana bimbang keluarganya terdedah dengan jangkitan COVID-19.

Katanya, beliau hanya dapat melepaskan kerinduan terhadap isteri dan anaknya menerusi panggilan video.

"Isteri saya sedang hamil lima bulan anak kedua kami, lagipun saya mempunyai anak kecil berusia setahun enam bulan.

Saya ambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah buat sementara kerana bimbang dijangkiti COVID-19 dan keluarga pula akan terdedah," katanya di sekatan jalan raya (SJR) Bandar Cheneh Baru di sini, semalam.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Kosmo.

ArtikelDiterbitkan 29 Jul 2021 2.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM