Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Sambutan Hari Kebangsaan 2021 Getir Kehidupan Zaman Covid 19

Published: 30 Aug 2021 1.50 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Begitu tertekan dilihat orang sekarang akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik COVID-19. Ramai tidak lagi bekerja dengan ekonomi tidak menentu pada musim paling sukar sekarang ini. Ramai seakan sudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Apa yang perlu kita masukkan ke dalam jiwa dan fikiran sedang mengalami kesusahan sekarang ini adalah aura positif supaya ia dapat menyerap jiwa dengan berfikiran tenang dan sabar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-sambutan-hari-kebangsaan-2021-getir-kehidupan-zaman-covid-19
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 03:37 MYT
Begitu tertekan dilihat orang sekarang akibat Perintah Kawalan Pergerakan dan pandemik COVID-19. Ramai tidak lagi bekerja dengan ekonomi tidak menentu pada musim paling sukar sekarang ini. Ramai seakan sudah berputus asa untuk meneruskan kehidupan. Apa yang perlu kita masukkan ke dalam jiwa dan fikiran sedang mengalami kesusahan sekarang ini adalah aura positif supaya ia dapat menyerap jiwa dengan berfikiran tenang dan sabar.

Merdeka dalam situasi sekarang tidak sama dengan 31 Ogos yang biasa kita sambut saban tahun sebelum ini. Corak pemikiran merdeka di zaman COVID-19 dan waktu sukar ini mesti seiring. Corak pemikiran atau 'mindset' bermula daripada akal akan menghasilkan tindakan selari mengikut apa difikirkan.

Jika kita sentiasa berfikiran positif dan baik, Insya-Allah akan membuka pintu kecemerlangan dan peluang kejayaan akan semakin menghampiri kita. Inilah yang akan membebaskan diri kita daripada segala bentuk halangan yang sebenarnya bermula dari dalam minda kita sendiri! Buanglah prasangka buruk terhadap kemampuan diri dan orang sekeliling kita kerana ini akan mempengaruhi emosi secara tidak langsung.

Ikuti kupasan topik berkenaan kemerdekaan dan polemik dalam pandemik COVID-19 serta kesannya terhadap individu dan masyarakat oleh Ketua Polis Balai Nusa Bestari, Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri, Johor, ASP Dr. Mohd Roslan Mohd Tahir.
Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Harian Metro.

May be an image of 1 person and text that says '14 www.hmetro.com.my minda hmetromy HarianMeto hmetromy Isnin 30.08.2021 Harian Metro GETIR KEHIDUPAN ZAMAN
ArticlePublished 30 Aug 2021 1.50 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM