Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Ramai Mula Lupa Sop 4 648 Kompaun Dikeluarkan

Published: 05 Feb 2022 2.04 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Petaling Jaya, 5 Februari 2022 - Meskipun kelonggaran aktiviti diberikan termasuk bagi negeri yang masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih terdapat individu sengaja mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-ramai-mula-lupa-sop-4-648-kompaun-dikeluarkan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:11 MYT
Petaling Jaya, 5 Februari 2022 - Meskipun kelonggaran aktiviti diberikan termasuk bagi negeri yang masih dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih terdapat individu sengaja mengabaikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.

Perkara itu jelas apabila sebanyak 4,648 kompaun dikeluarkan Polis Diraja Malaysia di seluruh negara sejak awal tahun ini sehingga 2 Februari lalu kepada individu dan premis yang gagal mematuhi SOP.

Ini melibatkan kegagalan mematuhi protokol kesihatan seperti penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka serta mengimbas aplikasi MySejahtera.

Memberitahu Utusan Malaysia, SAC Gerakan, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, SAC Tuan M. V Sri Kumar berkata, aktiviti penguatkuasaan masih dijalankan polis bersama beberapa agensi lain.

Sehubungan itu, kata beliau, jika mana-mana individu didapati mengabaikan SOP yang ditetapkan, tindakan kompaun akan diambil.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Utusan Malaysia seperti di lampiran.

#BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 6 people, people standing and text
ArticlePublished 05 Feb 2022 2.04 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM