Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Polis Dedah 123 Kondo Di Seluruh Negara Jadi Pilihan Sindiket

Diterbitkan: 07 Sep 2021 1.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.35 AM
Kuala Lumpur, 7 September 2021 - Sindiket pelacuran kini mengubah taktik dengan beroperasi di kondominium mewah bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-polis-dedah-123-kondo-di-seluruh-negara-jadi-pilihan-sindiket
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:18 MYT
Kuala Lumpur, 7 September 2021 - Sindiket pelacuran kini mengubah taktik dengan beroperasi di kondominium mewah bagi mengelak dihidu pihak berkuasa.

Jika dahulu mereka menjadikan pusat urut, spa dan hotel sebagai lokasi operasi, namun kini sindiket pelacuran mengubah lokasi operasi dengan menjadikan pelanggan dalam kalangan orang kenamaan atau VIP sebagai sasaran.

Mendedahkan modus operandi terbaharu sindiket pelacuran ini, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah, SAC Tuan Azmi Adam berkata, hasil risikan dan serbuan yang dibuat, trend tersebut dikesan berlaku sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan sejak tahun lalu.

“Sejak dari tahun 2020 sehingga Ogos 2021, terdapat 123 serbuan dijalankan melibatkan kondominium mewah ini,” katanya dalam temu bual khas bersama Sinar Harian baru-baru ini.

Difahamkan, sindiket pelacuran berkenaan dikesan menyewa sebuah unit kondominium secara harian berdasarkan tempahan pelanggan, malah ada yang menyewa unit kondominium di lokasi tertentu dengan cara sewa bulanan.

Menurut Tuan Azmi, lazimnya sindiket membayar RM100 hingga ke RM200 untuk sewaan semalaman, manakala untuk sewaan bulanan unit kondominium berkenaan boleh mencecah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.


May be an image of 1 person and text that says 'Polidedah 23 kondo seluruh jadi sindiket pelacuran n Pelacur ubah KUALALUMPUR LUMPUR 'markas' sej
ArtikelDiterbitkan 07 Sep 2021 1.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.35 AM