Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pemilik Pusat Hiburan Dan Pelanggan Dikompaun Rm5 17 Juta

Diterbitkan: 23 Feb 2022 1.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Kedegilan pemilik pusat hiburan yang menjalankan operasi secara haram memakan diri apabila mereka dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pemilik-pusat-hiburan-dan-pelanggan-dikompaun-rm5-17-juta
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:30 MYT
Kuala Lumpur, 23 Februari 2022 - Kedegilan pemilik pusat hiburan yang menjalankan operasi secara haram memakan diri apabila mereka dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) fasa empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, SAC Tuan Mohamad Noor Yusof Ali berkata, sejak awal tahun sehingga Isnin lalu sebanyak 241 pusat pusat hiburan telah diserbu.

"Sebanyak 3,452 kompaun dikeluarkan kepada pemilik dan pengunjung dengan nilai keseluruhan sebanyak RM5.17 juta.

"Sepanjang tempoh yang sama, polis telah menahan 524 individu terdiri daripada 335 lelaki dan 189 wanita," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Jelas Tuan Mohamad Noor, modus operandi pusat hiburan itu adalah mereka hanya membenarkan para pelanggan tetap sahaja untuk masuk ke dalam premis.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

May be an image of 2 people and text that says '8,452 kena kompaun RM5.17 juta di pusat hiburan SEBANYAK 3,452 kompaun dengan nilai keseluruhan RM5.17 juta
ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2022 1.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM