Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Tingkatkan Operasi Pantau Pematuhan Sop

Diterbitkan: 14 Nov 2021 3.27 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali, berkata ini berikutan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 serta kes jangkitan harian yang didapati meningkat sejak beberapa hari lalu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-tingkatkan-operasi-pantau-pematuhan-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT
Kuala Lumpur, 14 November 2021 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah mengarahkan semua Pasukan Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) menggiatkan lagi operasi di seluruh negara.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato’ Hazani Ghazali, berkata ini berikutan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 serta kes jangkitan harian yang didapati meningkat sejak beberapa hari lalu.

"Kita ada berbincang sebelum ini dan bersetuju untuk menggerakkan pasukan itu secara menyeluruh selepas mendapati kes COVID-19 mula meningkat susulan kelonggaran beberapa aktiviti sosial.

"Ini menunjukkan ada segelintir yang alpa terhadap pematuhan SOP. Nasihat saya senang, iaitu elakkan 3S, iaitu jauhi kawasan yang sesak, kawasan sempit dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat.

"Semua pihak kena mainkan peranan masing-masing bagi memulihkan negara daripada ancaman penularan COVID-19," katanya kepada BH, semalam.

Bacaan lanjut di keratan akhbar terbitan Berita Harian Online.
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 3 people, people sitting, people standing and text that says 'PDRM tingkatkan operasi pantau pematuhan SOP Kuala Diraja (SOP) Kuala Nasi
ArtikelDiterbitkan 14 Nov 2021 3.27 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM