Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Pdrm Pantau Secara Menyeluruh Aktiviti Pelancongan Di Langkawi

Diterbitkan: 13 Sep 2021 2.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Alor Setar, 13 September 2021 - Pemantauan lebih menyeluruh akan diadakan bagi memastikan pelancong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan yang ditetapkan di Pulau Langkawi, bermula 16 September ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-pdrm-pantau-secara-menyeluruh-aktiviti-pelancongan-di-langkawi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:53 MYT
Alor Setar, 13 September 2021 - Pemantauan lebih menyeluruh akan diadakan bagi memastikan pelancong mematuhi prosedur operasi standard (SOP) gelembung pelancongan yang ditetapkan di Pulau Langkawi, bermula 16 September ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berkata, pasukan pemantau akan digerakkan di bawah Ibu Pejabat Polis Daerah Langkawi termasuk penambahan anggota bagi melakukan pemeriksaan di lokasi-lokasi pelancongan.

Menurutnya, kesemua pelancong perlu mematuhi SOP khusus terbabit bagi mengelak penularan pandemik COVID-19, selain pihak polis akan memastikan pelaksanaan SOP dipatuhi termasuk penggiat industri pelancongan.

Beliau turut mengingatkan pelancong yang ingin bercuti ke Langkawi dengan menggunakan jalan darat sahaja perlu mendapatkan surat kebenaran daripada Polis Diraja Malaysia.

Bacaan lanjut seperti dalam akhbar terbitan Sinar Harian.

ArtikelDiterbitkan 13 Sep 2021 2.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM