Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan Lelaki Tipu Rakan Dapatkan Sumbangan Covid 19 Kena Penjara 3 Tahun

Published: 09 Sep 2021 1.02 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Mohd Zahazan Zainon, 45, yang menghadapi dua pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-lelaki-tipu-rakan-dapatkan-sumbangan-covid-19-kena-penjara-3-tahun
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:44 MYT
Kota Tinggi, 9 September 2021 - Seorang penyelia kontrak di Kompleks Bersepadu Pengerang dekat sini, semalam dihukum penjara tiga tahun dan denda RM16,000 selepas mengaku salah memperdaya dua rakan sekerja untuk mendapatkan sumbangan pada 3 September lalu.

Mohd Zahazan Zainon, 45, yang menghadapi dua pertuduhan, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurmadiana Mamat di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

Dia mengaku bersalah menipu rakan sekerja dengan cara memperdaya mengatakan ahli keluarganya meninggal dunia akibat COVID-19, sedangkan ia tidak benar dan mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM7,857 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Zahazan didakwa memperdaya seorang lagi rakan sekerja dengan mengatakan perkara sama sehingga mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM500 ke akaun bank tertuduh sebagai sumbangan derma.

Lelaki berkenaan didakwa melakukan kedua-dua kesalahan antara jam 5.20 petang hingga 9.25 malam di Pejabat Bahagian Keselamatan Kompleks Bersepadu Pengerang di sini, pada 3 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun dan boleh didenda.

Bacaan lanjut seperti di keratan akhbar terbitan Berita Harian.

#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia #LetsHelpOurFrontliners
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of one or more people and text that says 'Kes penipuan 14 ahli keluarga meninggal akibat COVID-19 Lelaki tipu rakan dapatkan sumbangan kena
ArticlePublished 09 Sep 2021 1.02 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM