Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Keratan Akhbar Pilihan 44 Kes Babit Pengusaha Bas Sekolah Pengarah Jspt

Published: 14 Nov 2021 12.16 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Daripada jumlah itu, sebanyak 15 individu dilaporkan maut manakala tiga lagi kes mengalami kecederaan parah diikuti 13 cedera ringan dalam tempoh sama.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-keratan-akhbar-pilihan-44-kes-babit-pengusaha-bas-sekolah-pengarah-jspt
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:31 MYT
Petaling Jaya, 14 November 2021 - Sebanyak 44 kes kemalangan membabitkan bas dan van sekolah direkodkan di seluruh negara sejak 2017 sehingga Oktober lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15 individu dilaporkan maut manakala tiga lagi kes mengalami kecederaan parah diikuti 13 cedera ringan dalam tempoh sama.

Memberitahu Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Datuk Wira Mat Kasim Karim berkata, sebanyak 13 kes lagi yang dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan mahupun kecederaan.

Kata beliau, kes tertinggi dilaporkan adalah pada 2018 iaitu sebanyak 15 kes direkodkan membabitkan lapan kematian diikuti sebanyak 14 kes dicatatkan pada 2017 dengan empat kematian.

"Kes membabitkan kemalangan membabitkan van dan bas sekolah mengalami penurunan apabila hanya sepuluh kes direkodkan pada 2019 diikuti lima kes dicatatkan tahun lalu.

"Bagi tahun ini pula, tiada kemalangan melibatkan pemandu van dan bas sekolah dilaporkan memandangkan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menyebabkan sekolah ditutup dan murid-murid mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),” katanya di sini semalam.

Ikuti kupasan lanjut berkenaan kes kemalangan membabitkan pengusaha bas sekolah di keratan akhbar terbitan Utusan Online.

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

May be an image of 1 person and text that says 'MASZUREENH renhadman@medimag.com sebanyak PETALING Kes kemalangan menurun sepanjang berikutan sekolah dalam
ArticlePublished 14 Nov 2021 12.16 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM