Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Video Tular Polis Buru Pemandu Perodua Alza Langgar Sjr

Diterbitkan: 30 Jul 2021 5.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kota Kinabalu, 30 Julai 2021 - Polis sedang giat mengesan pemandu Perodua Alza berwarna putih yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas, di sini, semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-video-tular-polis-buru-pemandu-perodua-alza-langgar-sjr
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:13 MYT
Kota Kinabalu, 30 Julai 2021 - Polis sedang giat mengesan pemandu Perodua Alza berwarna putih yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) Pos Kawalan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Teluk Likas, di sini, semalam.

Kejadian jam 11.33 pagi itu yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah rumah berhampiran turut tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Tuan Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati kenderaan itu berhenti di Pos Kawalan PKPD Taman Teluk Likas.

Bagaimanapun katanya, ketika anggota bertugas cuba mendekati untuk pemeriksaan, pemandu kenderaan itu tiba-tiba mengundurkan kereta sehingga terlanggar Perodua Myvi di belakang.

"Pemandu kemudian bergerak ke depan dan melanggar penghadang jalan dan kawat berduri sebelum memecut ke arah Jalan Kuala Laut.

"Dalam kejadian itu, semua petugas termasuk pemandu Perodua Myvi yang dilanggar suspek tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Tuan Mohd Zaidi berkata, usaha memburu kenderaan berkenaan sedang giat dijalankan dan pengesanan juga dilakukan melalui SJR Op COVID-19.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut: https://www.hmetro.com.my/.../pemandu-perodua-alza...

Sumber: Harian Metro

ArtikelDiterbitkan 30 Jul 2021 5.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM