Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Polis Siap Sedia Jika Sempadan Negara Dibuka Pengarah Jabatan Kdnka

Published: 12 Feb 2022 12.27 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jumlah kemasukan pelancong yang ramai dalam masa terdekat itu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-polis-siap-sedia-jika-sempadan-negara-dibuka-pengarah-jabatan-kdnka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 22:34 MYT
Kuala Lumpur, 12 Februari 2022 - Polis bersedia meningkatkan kawalan pemantauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara jika sempadan negara dibuka bermula 1 Mac ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato’ Hazani Ghazali berkata, pihaknya sentiasa dalam keadaan bersiap siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan termasuk jumlah kemasukan pelancong yang ramai dalam masa terdekat itu.

"Sudah tentu kita bersedia jika sempadan negara dibuka nanti. Namun, Perdana Menteri, Dato’ Sri Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu.

"Kita akan menyokong setiap keputusan kerajaan. Berkaitan isu keselamatan kesihatan, kita akan meneruskan dan meningkatkan pemantauan dari semasa ke semasa," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.hmetro.com.my/.../polis-siap-sedia-jika...
Sumber: Harian Metro
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Polis siap sedia jika sempadan negara dibuka | Harian Metro
ArticlePublished 12 Feb 2022 12.27 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM