Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Perarakan Ke Bangunan Parlimen Ahli Parlimen Peserta Akan Dipanggil Polis

Diterbitkan: 02 Aug 2021 12.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.23 AM
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2021 - Polis akan memanggil Ahli Parlimen dan peserta-peserta yang terlibat dalam perarakan ke Bangunan Parlimen di sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung perarakan itu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-perarakan-ke-bangunan-parlimen-ahli-parlimen-peserta-akan-dipanggil-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:35 MYT
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2021 - Polis akan memanggil Ahli Parlimen dan peserta-peserta yang terlibat dalam perarakan ke Bangunan Parlimen di sini hari ini untuk memberi keterangan berhubung perarakan itu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Azmi Abu Kassim berkata, kesemua mereka yang terlibat sedang dikenal pasti, dan perarakan berkenaan disiasat di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman 2012, Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"Setakat ini, pihak polis telah menerima dua laporan polis mengenai perarakan berkenaan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Polis hari ini menghalang cubaan Ahli Parlimen Pembangkang memasuki perkarangan bangunan Parlimen bagi mendesak supaya sidang khas disambung walaupun ia telah ditangguhkan atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan penularan COVID-19.

Kumpulan itu bersurai tanpa sebarang kekecohan selepas diarahkan oleh pihak polis, tetapi berlaku banyak perlanggaran prosedur operasi standard (SOP) khususnya berkaitan penjarakan fizikal, ketika perarakan dan ketika mereka berkumpul di Dataran Merdeka sebelum berarak menuju ke Parlimen.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2021 12.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 2.23 AM