Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Pengamal Perubatan Sabah Diingatkan Tidak Terlibat Pengeluaran Sijil Vaksinasi Palsu Timbalan Kpn

Diterbitkan: 29 Jan 2022 1.23 PM Dikemas kini: 15 Aug 2026 6.39 PM
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata hal ini kerana terdapat laporan bahawa pengamal perubatan di beberapa negeri lain memalsukan sijil vaksinasi sebelum dijual kepada orang ramai yang enggan mendapatkan vaksin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-pengamal-perubatan-sabah-diingatkan-tidak-terlibat-pengeluaran-sijil-vaksinasi-palsu-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 00:22 MYT
Laman Utama / Artikel / Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Pengamal Perubatan Sabah Diingatkan Tidak Terlibat Pengeluaran Sijil Vaksinasi Palsu Timbalan Kpn
Kembali ke Pustaka
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Pengamal Perubatan Sabah Diingatkan Tidak Terlibat Pengeluaran Sijil Vaksinasi Palsu Timbalan Kpn

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata hal ini kerana terdapat laporan bahawa pengamal perubatan di beberapa negeri lai...
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain berkata hal ini kerana terdapat laporan bahawa pengamal perubatan di beberapa negeri lain memalsukan sijil vaksinasi sebelum dijual kepada orang ramai yang enggan mendapatkan vaksin.
 
"Setakat ini di Sabah, tiada (pengamal perubatan) terlibat, tetapi (laporan pemalsuan) ada di Melaka, Terengganu, Selangor, Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur dan Kelantan," katanya kepada pemberita selepas majlis istiadat tamat latihan dan penyampaian sijil pelantikan pegawai sukarelawan polis siswa/siswi (SUKSIS) Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) merangkap Komandan Kor SUKSIS UMS, ACP K/S Profesor Madya Ts. Dr. Ramzah Dambul.

Terdahulu Dato’ Razarudin menyampaikan sijil pelantikan SUKSIS kepada 52 pelajar UMS dan beliau berharap melalui modul yang telah dipelajari sepanjang mengikut latihan itu akan mampu melahirkan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar berkenaan.

Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 29 Jan 2022 1.23 PMDikemas kini 15 Aug 2026 6.39 PM