Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Covid 19 Hampir 100 Peratus Pegawai Dan Anggota Pdrm Lengkap Vaksin Timbalan Kpn

Diterbitkan: 12 Sep 2021 2.16 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Beliau berkata, setakat ini hanya sebilangan kecil warga PDRM belum menerima suntikan vaksin berkenaan disebabkan faktor kesihatan selain masih menunggu tarikh janji temu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-covid-19-hampir-100-peratus-pegawai-dan-anggota-pdrm-lengkap-vaksin-timbalan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:20 MYT
Yan, 12 September 2021 - Hampir 100 peratus pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim.

Beliau berkata, setakat ini hanya sebilangan kecil warga PDRM belum menerima suntikan vaksin berkenaan disebabkan faktor kesihatan selain masih menunggu tarikh janji temu.

"Ada anggota tak mau vaksin sebab (alami) alahan dan ada masalah kesihatan yang ada laporan doktor. (Dalam pengetahuan beliau) tiada anggota dan pegawai yang menolak vaksin tanpa sebab. Saya ingat semua akan ambil (vaksin), tiada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program “Outreach” Psikologi dan Spiritual, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM kepada warga kerja serta pesara PDRM yang terlibat bencana banjir akibat fenonema kepala air di Yan pada 18 Ogos lepas, di sini hari ini.

"Pada masa sama juga diperlukan (vaksin COVID-19) dalam mematuhi SOP (prosedur operasi standard) yang kini banyak kemudahan untuk mereka yang lengkap (suntikan) vaksin termasuk nanti untuk rentas negeri dan daerah," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2002446
Sumber: BERNAMA
ArtikelDiterbitkan 12 Sep 2021 2.16 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM