Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Bukit Aman Gerakkan Semua Pasukan Pemantau Sop

Diterbitkan: 13 Nov 2021 8.51 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 13 November 2021 - Polis Diraja Malaysia akan menggerakkan semua Pasukan Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) yang meningkat.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-bukit-aman-gerakkan-semua-pasukan-pemantau-sop
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:28 MYT
Kuala Lumpur, 13 November 2021 - Polis Diraja Malaysia akan menggerakkan semua Pasukan Pemantauan Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) susulan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-Naught) yang meningkat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, CP Dato' Hazani Ghazali berkata, pada masa ini pihaknya masih menggunakan pendekatan nasihat dan amaran berbanding kompaun terhadap individu melanggar SOP PPN di tempat awam.

Bagaimanapun, katanya, polis akan mengeluarkan kompaun serta-merta kepada mereka yang mengulangi kesalahan dan masih berdegil dengan arahan penguat kuasa.
"Kita ada berbincang sebelum ini dan bersetuju untuk kembali menggerakkan pasukan itu secara menyeluruh selepas mendapati kes COVID-19 mula meningkat susulan kelonggaran beberapa aktiviti sosial.

"Ini menunjukkan ada segelintir yang alpa terhadap pematuhan SOP. Nasihat saya senang iaitu elakkan 3S dan 3C, iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak dekat (close conversation).

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../bukit-aman-gerakkan-semua...

Sumber: Berita Harian

HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

Bukit Aman gerakkan semua pasukan pemantau SOP | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2021 8.51 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM