Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Ppn Covid 19 Artikel Pilihan Bekas Penyelia Kilang Didakwa Buat Komunikasi Jelik Mengenai Pengambilan Vaksin

Diterbitkan: 06 Aug 2021 7.52 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 6 Ogos 2021 - Bekas penyelia kilang yang sebelum ini didakwa menyebar berita palsu mengenai kematian seorang anggota polis akibat suntikan vaksin COVID-19, hari ini dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan kesan pengambilan vaksin melalui Facebook miliknya, April lepas.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/ppn-covid-19-artikel-pilihan-bekas-penyelia-kilang-didakwa-buat-komunikasi-jelik-mengenai-pengambilan-vaksin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:46 MYT
Kuala Lumpur, 6 Ogos 2021 - Bekas penyelia kilang yang sebelum ini didakwa menyebar berita palsu mengenai kematian seorang anggota polis akibat suntikan vaksin COVID-19, hari ini dihadapkan sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik berkaitan kesan pengambilan vaksin melalui Facebook miliknya, April lepas.

Muhammad Zaki Omar, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim M. M. Edwin Paramjothy.

Muhammad Zaki didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil 'Muhammad Zaki Omar' pada 8.44 malam, 4 April lepas.

Hantaran itu kemudian dibaca pada 11.30 pagi di Kementerian Kesihatan (KKM) Putrajaya, 5 April lepas.

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Bekas penyelia kilang didakwa buat komunikasi jelik mengenai pengambilan vaksin
ArtikelDiterbitkan 06 Aug 2021 7.52 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM