Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Wira Wira Bukit Kepong Terus Diingati

Published: 23 Feb 2022 12.43 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Muar, 23 Februari 2022 - Sempena memperingati wira-wira yang gugur dalam pertempuran di Balai Polis Bukit Kepong, Johor, Polis Diraja Malaysia menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah mengadakan Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong bersempena Sambutan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 di Galeri Darurat Bukit Kepong, di sini, hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-wira-wira-bukit-kepong-terus-diingati
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 01:26 MYT
Muar, 23 Februari 2022 - Sempena memperingati wira-wira yang gugur dalam pertempuran di Balai Polis Bukit Kepong, Johor, Polis Diraja Malaysia menerusi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah mengadakan Majlis Memperingati Peristiwa Bukit Kepong bersempena Sambutan Hari Polis ke-215 Tahun 2022 di Galeri Darurat Bukit Kepong, di sini, hari ini.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pengurusan, CP Dato’ Zaini Jass bersama isteri Datin Hjh. Hairiah Hj. Mohd Tahir yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jabatan Pengurusan.

Acara tahunan yang acap kali diadakan bertujuan memperingati perjuangan dan pengorbanan wira-wira negara yang gugur dan cedera dalam tragedi serangan pengganas komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.

Dalam ucapan Dato' Zaini Jass yang mewakili Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, beliau berkata, sungguhpun telah 72 tahun tragedi berdarah tersebut berlalu, namun ia kekal dalam lipatan sejarah perjuangan wira-wira negara.

Tambahnya, keamanan negara dan kesejahteraan rakyat yang dikecapi kini tidak mungkin tercapai tanpa pengorbanan anggota pasukan keselamatan yang tidak pernah berundur dalam mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.

Dalam majlis yang sama, beliau turut menziarahi pusara para pejuang yang terlibat selain berkesempatan bersama-sama dengan warga kontinjen Polis Johor membaca yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Jamek Bukit Kepong.

Hadir sama, Ketua Polis (KP) Johor, CP Dato’ Kamarul Zaman Mamat, Timbalan Pengarah Jabatan Narkotik (Risikan & Operasi) Bukit Aman, DCP Dato’ Zainudin Ahmad, KP Melaka, DCP Datuk Wira Abdul Majid Mohd Ali, Ketua Polis Daerah Muar, ACP Tuan Zaharudin Rasip, Pengerusi Persatuan Pegawai-Pegawai Kanan Polis Bersara Negeri Johor, Dato’ Sugumaran Raman, pegawai kanan polis, warga PERKEP Kontinjen Johor serta waris-waris pejuang Bukit Kepong dan para media.

Sumber: Polis Johor

May be an image of 10 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 7 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 5 people

May be an image of 7 people, people standing and text that says 'MA S MEMPERINGATI TIWA BUKIT KEPONG SEMPENA xS KE-215 TAHUN 2022 BU] NG PolisJohor'

May be an image of 5 people, people standing, outdoors and text that says 'for'

May be an image of 3 people, people standing, military uniform and text

May be an image of 4 people and people standing

May be an image of 5 people and people standing

May be an image of 3 people and text

May be an image of 11 people, people standing and outdoors

May be an image of 9 people, people standing and outdoors

May be an image of 10 people

May be an image of 2 people, people standing and outdoors
ArticlePublished 23 Feb 2022 12.43 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM