
Article
Posting Pilihan Warga Emas Antara 18 Individu Ditahan Sindiket Tipu Libatkan Iks
Sindiket terbabit dipercayai menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri turut mengakibatkan nilai kerugian lebih RM2 juta kepada mangsa.
Kuala Lumpur, 10 Jun 2024 - Warga emas antara 18 individu ditahan melibatkan sindiket penipuan pelaburan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menerusi serbuan sekitar Sabah, Selangor dan Perak pada 5 dan 6 Jun lalu.
Sindiket terbabit dipercayai menggunakan nama Jabatan Perdana Menteri turut mengakibatkan nilai kerugian lebih RM2 juta kepada mangsa.
"Hasil serbuan, 18 individu terdiri daripada 12 lelaki dan enam wanita warga tempatan berumur antara 30 hingga 71 tahun ditahan.
"Mereka dipercayai berperanan selaku "mastermind", moderator dan pemilik akaun keldai yang digunakan oleh sindiket penipuan terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pejabat JSJK Bukit Aman di sini, pada Isnin.