Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Video Tular Cubaan Curi Tabung Ekzos Kereta Polis Tahan Dua Lelaki

Diterbitkan: 08 Sep 2021 6.45 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 September 2021 - Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di Ampang Jaya, dekat ibu negara, pada Selasa.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-video-tular-cubaan-curi-tabung-ekzos-kereta-polis-tahan-dua-lelaki
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 13:26 MYT
Kuala Lumpur, 8 September 2021 - Dua lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mencuri tabung ekzos kenderaan di Ampang Jaya, dekat ibu negara, pada Selasa.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Tuan Mohamad Farouk Eshak, kedua-dua suspek berusia 24 dan 25 tahun ditahan di sekitar Sungai Besi.
"Kejadian berlaku apabila pengadu, ketika berada di dalam pejabatnya, menerima panggilan telefon dan kiriman video daripada rakan.

"Video itu menunjukkan dua lelaki sedang membuat sesuatu kepada kenderaan jenis Toyota Innova milik pengadu.
"Pengadu mendapati komponen ekzos (catalytic converter) telah dipotong, namun tidak berjaya dilarikan," katanya.

Mengulas lanjut, Tuan Mohamad Farouk berkata, modus operandi suspek melakukan kegiatan curi tabung ekzos bagi mendapatkan besi platinum berharga yang terdapat di dalam tabung ekzos tersebut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.astroawani.com/.../cubaan-curi-tabung-ekzos...

Sumber: Polis Daerah Ampang Jaya Page dan Astro AWANI

 
ArtikelDiterbitkan 08 Sep 2021 6.45 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM