Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Tindakan Pantas Cegah Kebakaran Di Lotus Tebrau

Diterbitkan: 05 Jul 2025 7.43 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Syabas diucapkan kepada Koperal Muhaizad Md Yusup dan Konstabel Mohd Hazrin Ribot dari Balai Polis Taman Setia Indah atas tindakan pantas mereka memberi bantuan awal ketika insiden kebakaran kecil di premis Hippopo Baby Spa and Wellness, Lotus Tebrau, Johor Bahru kelmarin.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-tindakan-pantas-cegah-kebakaran-di-lotus-tebrau
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:53 MYT
Syabas diucapkan kepada Koperal Muhaizad Md Yusup dan Konstabel Mohd Hazrin Ribot dari Balai Polis Taman Setia Indah atas tindakan pantas mereka memberi bantuan awal ketika insiden kebakaran kecil di premis Hippopo Baby Spa and Wellness, Lotus Tebrau, Johor Bahru kelmarin.

Kedua-dua anggota segera ke lokasi selepas menerima maklumat dan bertindak bersama kakitangan premis memadam api menggunakan alat pemadam api sebelum pasukan bomba tiba. Kawasan turut dikosongkan serta-merta bagi menjamin keselamatan orang awam.

Tindakan pantas dan cekap itu berjaya mengelakkan kebakaran daripada merebak. Keberanian mereka wajar dipuji kerana mencerminkan komitmen tinggi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa menjadi keutamaan.

ArtikelDiterbitkan 05 Jul 2025 7.43 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM