
Artikel
Posting Pilihan Tindakan Pantas Anggota Balai Polis Dato Onn Selamatkan Kanak Kanak Terkunci Dalam Kenderaan
Tindakan pantas dua anggota dari Balai Polis Bandar Dato' Onn berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terkunci di dalam sebuah k...
Tindakan pantas dua anggota dari Balai Polis Bandar Dato' Onn berjaya menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang terkunci di dalam sebuah kereta di kawasan parkir Jalan Perjiranan 2, Bandar Dato' Onn, Johor Bahru, Johor.
Koperal Muhammad Firdaus Mohd Yusri dan Lans Koperal Muhammad Shuhaimi Mohamed Shamsudin segera bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.
Dengan bantuan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, pintu kenderaan berjaya dibuka dan kanak-kanak terbabit dikeluarkan dalam keadaan selamat.
Kecekapan dan ketangkasan tindakan kedua-dua anggota polis telah berjaya mengelakkan kejadian yang tidak diingini, sekali gus menunjukkan komitmen tinggi pasukan dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.