
Article
Posting Pilihan Timbalan Mdn Adakan Lawatan Kerja Ke Ipk Sabah
Kota Kinabalu, 29 Oktober 2023 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Pol...
Kota Kinabalu, 29 Oktober 2023 - Timbalan Menteri Dalam Negeri (Timbalan MDN), Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mengadakan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah hari ini.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan warga Pasukan khususnya Kontinjen Sabah agar mengekalkan mutu perkhidmatan cemerlang dan memanfaatkan fasiliti yang sentiasa ditambah baik dari masa ke semasa.
Beliau juga menyatakan kesediaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam menjaga kebajikan pegawai dan anggota dari segi tempat kediaman (kuarters) dan kelengkapan serta keselamatan khasnya di kawasan sempadan.
Turut hadir Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, DCP Datuk Shahurinain Jais, Setiausaha Bahagian Hal Ehwal Imigresen KDN, Tuan Anuar Zaki Bakar dan para pegawai kanan KDN serta Kontinjen Sabah.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri