
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Ksu Keselamatan Kdn Adakan Lawatan Tapak Cadangan Pembinaan Pos Pga
Seberang Perai Selatan, 5 Jun 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman telah...
Seberang Perai Selatan, 5 Jun 2025 - Timbalan Ketua Setiausaha (KSU) (Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman telah mengadakan lawatan kerja ke dua tapak cadangan pembinaan Pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kuala Hj. Ibrahim, Seberang Perai Selatan dan Pantai Acheh, Balik Pulau, Pulau Pinang.
Kehadiran beliau bertujuan meninjau potensi lokasi strategik bagi penempatan pasukan keselamatan dalam usaha memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta kawalan keselamatan di kawasan berisiko tinggi.
Beliau turut mempengerusikan satu mesyuarat bagi membincangkan hala tuju dan pelaksanaan cadangan pembinaan pos PGA baharu berkenaan.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, DCP Dato’ Mohd Alwi Zainal Abidin bersama para pegawai kanan daripada agensi keselamatan dan jabatan teknikal berkaitan.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)