
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Sempurnakan Program Outreach Psikologi Spiritual Anjuran Jips Pdrm
Program tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat PDRM kepada warga Pasukan dan pesara polis yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku baru-...
Yan, 12 September 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim berbesar hati menyempurnakan Program "Outreach" Psikologi Spiritual anjuran Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), di Ibu Pejabat Polis Daerah Yan, di sini hari ini.
Program tersebut bertujuan menyampaikan sumbangan Wakalah Zakat PDRM kepada warga Pasukan dan pesara polis yang terjejas akibat bencana alam yang berlaku baru-baru ini.
Semoga bantuan yang disampaikan oleh Timbalan KPN kepada 16 penerima, serba sedikit dapat meringankan beban yang ditanggung dalam menjalani kehidupan seharian.
Hadir sama, Ketua Polis Kedah, CP Dato' Kamarul Zaman Mamat, Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Dato' Mohd Roze Shaari dan Timbalan Pengarah JIPS (Agama dan Kaunseling), DCP Tuan Sulaiman Yahaya.