Posting Pilihan Timbalan Kpn Sempurnakan Penganugerahan Pjpn Kepada 281 Warga Kontinjen Pulau Pinang
Georgetown, 3 Mac 2020 – Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor hadir menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) yang berlangsung di Dewan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, di sini, semalam.
Penganugerahan PJPN kepada 281 pegawai kanan dan pegawai pangkat rendah Kontinjen Pulau Pinang itu sebagai menghargai jasa kepahlawanan, pengorbanan dan kebaktian para penerima kepada negara sepanjang berkhidmat dalam Pasukan.
Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Polis Pulau Pinang, CP Dato' Narenasagaran, barisan Ketua Jabatan, Ketua Polis Daerah, Ketua Formasi dan tetamu jemputan.
Sumber: PDRM Pulau Pinang









