
Article
Posting Pilihan Timbalan Kpn Penuhi Undangan Ke Seminar Psikologi Kdn Di Putrajaya
Putrajaya, 8 November 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan ke Seminar Psikologi:...
Putrajaya, 8 November 2024 – Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay hari ini memenuhi undangan ke Seminar Psikologi: Kesejahteraan Psikologi Pemangkin Nilai Madani Kementerian Dalam Negeri (KDN) Tahun 2024 bertempat di Dewan Sri Siantan, Kompleks Perbadanan Putrajaya, di sini.
Seminar yang bertujuan meningkatkan kesejahteraan psikologi dan nilai murni pegawai melalui tadbir urus organisasi serta sumber manusia yang berkesan tersebut disertai 350 warga KDN.
Hadir sama, Timbalan KSU (Keselamatan) KDN, Dato’ Hj. Abdul Halim Hj. Abdul Rahman, Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia, CP Dato’ Sri Hazani Ghazali, barisan Ketua Jabatan dan Setiausaha Bahagian KDN.
Sumber: Kementerian Dalam Negeri (KDN)