
Artikel
Posting Pilihan Timbalan Kpn Pengerusikan Mesyuarat Berkaitan Penyelarasan Operasi Pdrm Dan Esscom Di Kawasan Esszone
Sumber: Polis Daerah Sandakan
Sandakan, 9 Disember 2021 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim mempengerusikan mesyuarat berkaitan penyelarasan operasi-operasi yang dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE), pagi tadi.
Mesyuarat yang diadakan di Rumah Kelab Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan itu bertujuan memantapkan lagi operasi sedia ada melalui perancangan yang lebih teliti dan strategik, sekaligus mewujudkan keselamatan berkekalan di kawasan tersebut.
Sumber: Polis Daerah Sandakan