Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Posting Pilihan Timbalan Kpn Lawat Pusat Hemodialisis Ipk Sabah

Published: 30 Jan 2022 4.03 AM Updated: 15 Aug 2026 6.39 PM
Kota Kinabalu, 30 Januari 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain bersama isteri yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Zainah Othman telah mengadakan lawatan ke Pusat Hemodialisis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-timbalan-kpn-lawat-pusat-hemodialisis-ipk-sabah
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 08:07 MYT
Kota Kinabalu, 30 Januari 2022 - Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Dato' Razarudin Husain bersama isteri yang juga Timbalan Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Datin Zainah Othman telah mengadakan lawatan ke Pusat Hemodialisis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini, semalam.

Dalam lawatan tersebut beliau telah menyampaikan sumbangan kepada tiga orang pesakit dan seorang balu kepada bekas pesakit yang menerima rawatan di situ malah Dato' Razarudin turut memberi kata-kata semangat buat mereka. Dalam pada itu, beliau bersama rombongan berkesempatan melawat Ketua Pentadbiran IPK Sabah, Superintendan Mahyudin Kadijoo di Taman Ceria Mas, Putatan, Sabah yang menghidap penyakit jantung dan buah pinggang.

Hadir sama, Pengarah Pengurusan, CP Dato' Zaini Jass, Pesuruhjaya Polis Sabah, CP Dato' Idris Abdullah, Ketua Polis Daerah (KPD) Kota Kinabalu, ACP Tuan Mohd Zaidi Abdullah dan KPD Penampang DSP Mohd Haris Hj. Ibrahim.

Sumber: Polis Sabah

May be an image of 7 people, people standing and indoor

May be an image of 4 people, people standing and indoor

May be an image of 6 people, people standing, headscarf and indoor

May be an image of 7 people and people standing

May be an image of 4 people, people sitting, people standing and indoor

May be an image of 5 people, people standing and indoor
ArticlePublished 30 Jan 2022 4.03 AMUpdated 15 Aug 2026 6.39 PM